Apa itu Jeragat
![]() |
Jeragat,dalam pembacaan, setahu saya jeragat atau di kenali juga
sebagai pigmentasi ini tak ada ubat yang dapat hilangkan belum ada
ubat yang benar2 dapat hilangkan jeragat.
Jadi sebab tu lah penting bagi kita mengelak dari terkena jeragat.
Jeragat ni bukan luaran je dia adalah proses yang berlaku dari bawah kulit kita....jadi agak sukar membendung pembentukan jeragat ni.
Lebih2 lagi cuaca di negara kita yang panas dan terdedah kepada cahaya matahari, jadi amat berbahaya jika kita tidak melindungi kulit kita daripada sinaran UV
Jadi sebab tu lah penting bagi kita mengelak dari terkena jeragat.
Jeragat ni bukan luaran je dia adalah proses yang berlaku dari bawah kulit kita....jadi agak sukar membendung pembentukan jeragat ni.
Lebih2 lagi cuaca di negara kita yang panas dan terdedah kepada cahaya matahari, jadi amat berbahaya jika kita tidak melindungi kulit kita daripada sinaran UV
Jeragat ni membuatkan sesiapa sahaja akan rasa rendah diri....yela, bak
kata orang tak cantik tak apa yang penting kulit bersih dan cantik pun
boleh buat kita nampak cantik. tak perlu nak pakai make up bagai.
Punca2 jeragat yang dikenalpast:-
Masalah jeragat dan parut hitam sering dialami oleh kebanyakan orang
Asia. Jika tidak dirawat, tompok-tompok hitam ini akan semakin
bertambah.Punca jeragat ialah daripada sel melanosit yang terlebih aktif
dan mengeluarkan melanin yang berlebihan menyebabkan kulit
bertompok-tompok hitam.
Antara sebab berlakunya tompok-tompok hitam ini adalah:
Antara sebab berlakunya tompok-tompok hitam ini adalah:
- Radang kulit sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)
- Perubahan hormon sewaktu mengandung dan menyusukan anak juga akan menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai "melasma".
- Addison's disease yang disebabkan kalenjar adrenal yang tidak berfungsi untuk mengeluarkan hormon steroid dalam badan juga akan mengakibatkan jeragat.
- Penggunaan pil perancang dan tabiat merokok juga boleh menyebabkan jeragat.
- Pendedahan kulit kepada cahaya matahari setelah beberapa tahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akan bertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes". Perbezaan antara age-spots, freckles dan lentigenes ialah saiznya.
Punca jeragat yang terjadi pada diri saya sendiri yang mungkin berkaitan iaitu:
- Mungkin penggunaan produk kecantikan muka suatu ketika dulu saya pernah produk jenama"Tutttt", yang berkemungkinan mengandungi kandungan hidrokinon yang tinggi yang menyebabkan kulit mengelupas. Ya, masa tu memang kulit saya memang cantik, putih kemerah-merahan siapa yang tak nak. Tapi tu lah orang kata, nak pakai apa pun kita kena selidik dulu bahan yang terdapat dalam produk, dan fikirkan kesan pada masa akan datang. Bila kulit mengelupas, jadi kulit akan semakin nipis, sensitif dan berbahaya jika terdedah kepada pancaran cahaya matahari (sinar UV).
- Masalah hormon yang di alami,saya telah mengambil sejenis ubat hormon yangmana saya tak tahu kesannya boleh menyebabkan jeragat pada masa akan datang.
Orang cakap jeragat boleh hilang dengan laser, tapi masih tak dapat hilangkan. Ia cuma pudar
sedikit. Jadi akhirnya berhenti dah tak nak membazirkan duit
lagi.
Demi utuk cantik dan hilangkan jeragat, saya berani nak cuba produk-produk apa sahaja, janji jeragat saya hilang. Takut lagi rosak pula kulit. Jadi saya cuba ubat
makan pula. Macam-macam dah telan... asalkan kata bagus untuk kulit dan jeragat
dan ada kelulusan kementerian kesihatan (bukan sebarangan ok).
lepas tu tak ada cuba apa-apa dah cuma tutup jeragat dengan make up.
tapi saya ni jenis tak suka make up 24 jam. memang leceh saya impikan
untuk jadi macam dulu kulit yang bersih, hanya make up yang nipis
dan ringkas saja.
Tapi sebab ada jeragat, kalau tak make up rasa macam tak cukup, tak yakin dan rendah diri. Jadi terpaksa tutup jeragat dengan concealer saja.
Dan sekarang ni saya hanya merawatnya dengan mengambil produk Zarraz Paramedikal sahaja. Memang pada permulaannya, tiada keyakinan tetapi demi nak cantik, al-maklumlah raya nak dekat ni, maka saya saya kuatkan semangat utk mencubanya
Moral of the story:
Jangan pakai produk kecantikan
sebarangan mungkin sekarang nampak halus mulus, meletop kau memang "da
bomb" tapi akan datang???lebih2 lagi elakkan produk yang
mengelupas nanti kulit semakin nipis dan bahaya kalau terdedah dengan
pancaran matahari (sinar UV). Kalau ambil ubat hormon pun tanya pada
Doktor ada kesan sampingan atau tak. Kalau boleh kalau dah berkahwin,
pil perancang pun elakkan sebab rupa-rupanya pengambilan pil ini yang menyebabkan muka ini ada jeragat. Dulu saya tak tahu pun pengambilan pil perancang dan pil hormon ni boleh menyebabkan jeragat, tetapi sejak dah join Zarraz Paramedikal, kini saya dah tahu menjaga kecantikan secara alami dan semulajadi.
**Penting untuk pakai sunblock/sunscreen untuk cuaca kita yang panas terik ni....pakailah SPF 50 ke atas,terutamanya yang ada jeragat sebab jeragat akan lebih banyak kalau tak lindung kulit dari pancaran matahari
**Penting untuk pakai sunblock/sunscreen untuk cuaca kita yang panas terik ni....pakailah SPF 50 ke atas,terutamanya yang ada jeragat sebab jeragat akan lebih banyak kalau tak lindung kulit dari pancaran matahari
Brp lama jeragat tu hilang sis?
ReplyDelete