Monday 21 October 2013

"Strawberry nose"?

Salam semua, bersua kembali kita ye di arena nikan. Maaflahye, blog ini agak bersawang sikit kerana dah lama tak update.

Pada kali ni kita kita nak bercerita sikit macammana cara nak merawat liang terbuka (open pore) untuk mencegah jerawat dan tempat-tempat


Tahukah anda apakah faktor-faktor penyebabnya. Ok,disini kita nak kongsi sikit info yang kita perolehi dari pencarian di google:

Menurut sumber yang kita perolehi ialah tekanan, genetik dan tidak mencuci wajah dengan betul, maka pengumpulan minyak di wajah akan menyebabkan pori-pori tersumbat. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan pori-pori di wajah kelihatan besar. Semua ini akan menyebabkan kepada liang yang terbuka. Ianya bukan sahaja akan menyebabkan wajah kelihatan hodoh, tetapi di takuti menyebabkan wabak yang lebih teruk, contohnya seperti kanser kulit.
 

Sering dipanggil oleh para pakar kecantikan ialah sebagai "Strawberry nose". Kebiasannya liang terbuka ini boleh berlaku pada muka, dada, belakang, atau lengan atas. Saiz liang adalah disebabkan oleh saiz kelenjar minyak dan folikel rambut yang terkandung di dalamnya. Sememangnya jika berlaku liang terbuka, ia boleh menjadi teruk dan membawa kepada serangan jerawat di tempat tertentu. Selain dari itu ianya juga terjadi disebabkan pelbagai faktor. Ini termasuk pelembap berlebihan yang terbentuk, kerosakan matahari, sel-sel kulit mati, kotoran dan bakteria. Apabila wajah kita sering terdedah dengan radiasi ultraviolet cahaya matahari, ia boleh menyebabkan kerosakan elastik pada wajah dan menjadikan pori-pori pada wajah jadi terbuka.

Jika ditanya, bolehkah kite mengecilkan liang pori-pori ini?
Jawapannya ialah ia bergantung kepada saiz pori-pori tersebut. Jika dah terlalu besar, kita tak boleh nak hilangkannya. Tetapi kita boleh memperbaikinya dengan mengguna produk kosmetik yang bersesuaian untuk menutup liang-liang ini.  Janganlah anda harapkan selepas ambil produk tersebut, masalah pori-pori anda dapat diselesaikan dalam tempoh serta merta ye, mestilah ambil masa sikit..:)

Untuk mengetahui samaada produk yang anda pilih itu sesuai atau tidak, anda perlulah memastikan yang produk itu membantu dari segi mengecilkan saiz liang pori, membersihkan liang supaya tidak tersumbat dan menghalang jerawat supaya tidak muncul akibat liang tersumbat.

Perkara ini perlu di ambil serius tau, pastikan liang pori dibersihkan sebaik-sebaiknya. Jika tida ia akan menyebabkan dinding liang pori akan menebal dan menyebabkan kecacatan kekal. Kebiasaannya perkara ini tejadi kepada kaum lelaki, adakah anda perasan pada muka mereka kelihatan lubang-lubang terlampau besar. Haaa..itulah contoh yang paling senang untuk anda nampak, jika malas nak cuci muka dengan pembersih muka yang sesuai. Kalau boleh janganlah cari pencuci muka yang membuang semua minyak sampai kulit terasa kering dan  pedih pulak ye!. Jika kulit kita bersih, maka tiadalah lagi liang pori yang besar dan mengembang.
open pore
Gambar "strawberry nose" sebelum dan selepas melakukan rawatan yang betul
 Berikut adalah cara-cara membersih dan mengecilkan pori-pori anda tu ye. Senang jer caranya jika anda memilih produk dari Zarraz Paramedical.

1. Langkah pertama ialah, cuci wajah anda dengan Firming Cleanser ( untuk kulit biasa, kering,matang dan kombinasi) / Calming Cleanser (untuk kulit berjerawat, sensitif,mangsa hydrokuinon)

2. Langkah kedua ialah, apply Refreshing Hydrating Lotion (toner) pada wajah yang telah dibersihkan dan telah dilap dengan kering. Cara nak apply Refreshing Hydrating Lotion ni senang jer tau, tak perlu guna tisu, tapi hanya pam di tapak tangan dan tepuk-tepuk manja jer pada wajah dan biarkan ia kering sendiri. Jangan pula di lap tau.
  
Nota penting: Jangan sekali-kali skip dari guna toner anda. Untuk pengetahuan anda, toner inilah ;yang membantu membersihkan lagi pori-pori tersebut. Toner bukan sahaja membersihkan sisa-sisa yang tinggal malah ia juga membantu mengecilkan liang pori-pori kita yang terbuka.
 
3. Langkah ketiga ialah: Steamkan seketika wajah kita dengan air panas. Untuk melakukannya dirumah, anda bolehlah meletakkan air panas di dalam bekas. Halakan muka mengadap bekas dan gunakan tuala untuk menutup kepala dn muka anda. Steamkan muka dalam masa 5-10 minit sahaja, ia akan membantu membuka liang pori yang tersumbat.  Selepas steam, anda ambil tisu dan tekapkan pda muka untuk membuang lebihan air.

Nota penting: Steam ini tak perlulah setiap hari ya. Adalah paling bagus, lakukannye seminggu sekali jer

Yang ini cara bagi mereka yang tak ada mesin steam :)
 
Yang ini pula cara bagi mereka yang ada mesin steam seperti diatas
4. Langkah keempat ialah : Selepas wajah telah kering, sapukan dengan Essence Sebum Gel untuk tujuan mengecilkan semula pori-pori anda yang dah besar itu. Sapukan secara memutar dari bawah bawah dagu keatas. Urut sehingga semua Essence sebum gel tersebut rata dan meresap ke dalam pori-pori.


Nota penting: Lakukan step ini dua kali sehari iaitu pagi dan malam

5. Langkah kelima ialah: Kalau siang hari tu, pastikan anda pakai sunblock/sunscreen yang berSPF supaya anda dlindungi oleh sinar UV. Pakai produk apa pun tak guna kalau kita tak pakai sunblock tau. So, dalam kes ni macm biasalah ye, dah tentulah kita syorkan anda guna Sun Protection- SPF50. Kerana lotion spf50 ni mampu memberi pelindungan UV yang berkesan melindungi kulit 500minit di bawah cahaya matahari.

Nota penting:
Apakah maksud dan perbezaan SPF15, 30,40 dan 50?
SPF adalah pengukuran penggunaan sunscreen sebelum kulit menjadi kemerahan terkena pancaran. Angka SPF boleh berkisar dari 2 hingga 100. SPF 15, beerti mampu memberi pelindungan kulit selama 15jam sebelum kulit menjadi kemerahan. 
Tapi jika kulit anda biasanya mengalami kemerahan setelah 10minit berjemur sinar matahari maka dengan memakai pelindung matahari SPF15, kulit anda akan selamat 15 x 10minit iaitu jadinya 150minit ( tapi jika guna SPF 0, atau dalam erti kata lain tak guna langsung pelindung uv, faham-faham jerlah ye..hehe)
Maka sekarang anda tentu sudah fahamkan angka pada SPF tu kan, jika SPF50, maka kulit anda terlindung selama 50jam (iaitu bersamaan 500minit)


So hebat tak kawan-kawan lotion pelindung UV Sun Protection SPF 50, produk keluaran Zarraz Paramedical ini.

6. Langkah keenam ialah: Sebelum tidur pada sebelah malam,seminggu sekali atau dua kali seminggu anda bolehlah memakai masker. Masker yang paling sesuai ialah Clarifying Renewal Mask. Masker ini mampu mengetatkan pori-pori anda mengan mengawal lebihan minyak dengan  memberi pengimbangan semula tahap pH kulit muka anda 

Oleh itu moral of the story: 
Jomlah dapatkan Set Produk Zarraz Paramedical iaitu dengan menghantar PM pada inbox kami www.facebook.com/messages/jelitazarraz atau anda juga boleh bershopping secara online di---->http://bit.ly/131rRyX 


Jom Shopping Online @ sini