Pengenalan- Apa itu Jerebu?
Jerebu
adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran
partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak
penglihatan.
Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.
Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggungjawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu?
Right now ia berlaku sekarang di negara kita Malaysia dan secara tidak langsung kita wajib tahu tentang ini.
Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk:
* Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
* Ozon
* Gas Karbon monoksida
* Gas Nitrogen dioksida
* Sulfur dioksida
Banyangkan kalau partikel2 habuk jerebu ni masuk dalam paru2 anak2 kita apa jadi?
Apa itu Nilai IPU?
IPU @ Indeks Pencemaran Udara adalah unit ukuran bagi kualiti udara di *atmosfera (betul tak k ju eja ni)
Status Kualiti Udara
Diskripsi
0 hingga 50
Baik
51 – 100
Sederhana
101 – 200
Tidak sihat
Kumpulan berisiko mungkin akan terjejas
201 – 300
Sangat tidak sihat
Orang ramai terjejas
Lebih daripada 300
Tips bagi menghadapi jerebu.....
i. Gunakan penutup hidung dan mulut sekiranya terpaksa melakukan aktiviti di luar rumah
ii. Banyakkan minum air kosong, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
iii. Pastikan anda mencuci tangan dan muka selepas melakukan aktiviti di luar rumah
iv. Sekiranya anda memandu, gunakan penghawa dingin di dalam kenderaan
v. Perkara paling penting adalah dengan menutup pintu dan tingkap rumah
No comments:
Post a Comment