Monday 24 June 2013

Perkahwinan Rozita Che Wan Sudah Ada Penaja

Untungnya menjadi selebriti di Malaysia ini. Mana tidaknya, banyak pihak berebut-rebut untuk menaja apabila tiba hari perkahwinan. Rozita Che Wan dan Zain Saidin juga turut tidak terkecuali. Walaupun masih belum mengumumkan tarikh, tajaan untuk perkahwinannya sudah pun ditentukan.
Yang menariknya, tajaan tersebut merangkumi lokasi, makanan, pakaian dan sebagainya. Cuma tajaan untuk cenderamata sahaja belum ditentukan lagi. Kata Che Ta kepada Utusan Malaysia:-
 
Cuma satu sahaja barang yang belum mendapat penajaan iaitu cenderamata untuk tetamu. Berkenaan dengan tarikh, masih rahsia. Tunggu sahaja, kami akan mengumumkan tarikh sebenarnya dalam satu sidang media tidak lama lagi. Untuk lebih adil bagi semua pihak, hanya selepas sidang media, kita akan ketahui siapakah yang akan dipilih untuk penaja untuk pakaian, lokasi, makanan dan sebagainya bagi perkahwinan itu nanti
 
Nampak gayanya, confirm meriah gila-gila punya perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini. Tak sabar pula nak tunggu pengumuman tarikh perkahwinan mereka. Sampai sekarang masih dirahsiakan. Harap-harap akan dilangsungkan tahun ini juga. Excited pula nak tengok Che Ta nampak jelita dalam persalinan pengantin.

No comments:

Post a Comment

Jom Shopping Online @ sini