Wednesday 17 July 2013

Penjagaan Yang Betul Untuk Kulit Sensitif, Eczema & Mangsa Hydrokuinon / Merkuri

Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi. Terutamanya dikalangan bayi yang berumur antara 2-6 bulan.  Salah satu jenis eczema ialah "Atopic Dermatitis".  "Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom "oversensitivity:

Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.

Gejala-gejala aczema adalah seperti berikut:-
Acute Eczema
  • "Erythema", kulit berasa panas bergejolak dan gatal, keradangan.
  • "Papules", pembetukan tompok-tompok merah.
 Eczema Kronik
  • Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
  • Kulit menebal,menjadi kasar dan berkedut.
 Langkah-langkah pengawalan harian
  • Elakkan daripada menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit.
  • gunakan krim/losyen dengan kerap untuk melembapkan kulit walaupun dalam keadaan eczema. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada rawatan topikal.
Faktor-faktor kulit menjadi sensitif:
  • Penggunaan produk kosmetik (make-up) yang salah - Beberapa jenis kosmetik mungkin saja memiliki kandungan bahan aktif yang tidak dapat diterima oleh kulit.  Selain dari itu, penggunaan kosmetik dalam penggunaan yang berlebihan atau pemakaian dalam jangka waktu yang terlalu panjang juga dapat menjadikan kulit menjadi sensitif.
  • Pancaran sinaran UV matahari -Pada saat kulit terbakar dengan matahari, pembetukan struktur kolagen pada kulit menjadi tidak sempurna, begitu juga dengan pigmen dan melanin kulit yang membuat proses penuaan terjadi lebih awal sehingga kulit menjadi sensitif.
  • Allergi atau alahan pada sesetengah makanan - Kulit sensitif sering kali muncul pada saat kite memakan makanan yang tertentu. Keadaan ini ditunjukkan apabila adanya penolakan atau alergi terhadap makanan tersebut. Misalnya, makanan pedas, makanan laut,coklat,cuka, kafein atau alkohol.
  • Penggunaan produk kosmetik (wajah) yang kuat bahan kandungannya - Bahan kimia atau kandungan di dalam sesetengah produk yang tinggi, mengakibatkan hakisan kulit perlindungan (acid mantle) kita.  Ia menipiskan lapisan kulit sehingga urat-urat kapilari merah pada sekita wajah akan timbul. Ini menunjukkan kulit kita telah menjadi sensitif. Contoh bahan yang kuat ialah: Hydroquino Acid.
  • Perubahan suhu cuaca - Perpindahan iklim cuaca yang sangat berbeza dapat membuatkan kulit menjadi sensitif apabila kulit kita tidak dapat menahan perubahan cuaca yang ekstrem hingga mengakibatkan kesihatan kulit terjejas.  Kulit yang terdedah dengan "aircond" juga menjadi kulit menjadi keraing, gatal dan sensitif.

Set Produk Kulit Sensitif/Ekzema & Mangsa Hydrokuinon/Merkuri

Harga set:RM155 (Harga tidak termasuk kos pos)
Rawatan Susulan Zarraz Paramedical

Penggunaan Siang & Malam
  • Calming Cleansing Milk
  • Sun Protection SPF-50
Cara Penggunaan Yang Betul Menggunakan Calming Cleansing Milk
  • Pastikan kulit bersih dan dalam keadaan lembap
  • Picit 3 pam dan ratakan keseluruhan wajah
  • Gosok secara lembut, secara membulat ke dalam dan membulat ke atas Biarkan selama 2 minit sebelum mencuci
Jika anda mempunyai kulit merah dan pedih (sunburn / menggelupas), biarkan Cleansing Milk lebih lama pada wajah anda sehingga 5-10 minit. Insyallah masalah kulit sensitif seperti masalah kulit eczema akan berkurangan dengan cara penggunaan yang betul.

Cara Penggunaan Yang Betul Menggunakan Sun Protection SPF-50

  • Gunakan sekerap mungkin pada waktu siang & malam
  • Picit 1-2 pam keseluruhan wajah
  • Untuk penggunaan pada waktu siang, lebihkan pada bahagian gelap, eczema, sensitif & boleh dijadikan rawatan mata seperti 'dark eye ring' dan 'eye bag'
  • Tepekkan pada wajah anda dan gosok secara perlahan-lahan 

Tuesday 16 July 2013

Penjagaan Yang Betul Untuk Masalah Kulit Jerawat


Berikut adalah antara beberapa kesilapan besar masalah kulit jerawat.
  1. Tidak membersihkan peluh - Jangan biarkan peluh itu kering meresap ke dalam kulit anda.  Teruslah mandi setelah seharian anda bertugas.
  2. Memicit jerawat - Elakkan memicit jerawat dengan kuku. Ia akan lebih memudaratkan kulit dimana ia akan meninggalkan kesan parut pada kulit anda.
  3. Syampu rambut yang meleleh ke wajah - Syampu mengandungi bahan pelembap untuk melembutkan kulit. Oleh itu, elakkan buih syampu dari terkena dahi dan muka, kerana ia boleh menimbulkan jerawat pada wajah anda.
Langkah-langkah pengawalan harian:-
  1. Hanya mencuci pada waktu pagi dan petang.
  2. Banyakkan minum air putih
  3. Makan buah-buah dan sayur-sayuran.
  4. Makan kekacang dan roti yang mempunyai vitamin B dan B2

Sunday 7 July 2013

Punca-punca terjadinya Jerawat

Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.

Monday 1 July 2013

Anda Sedang Alami masalah Jeragat / pigmentasi?

Salam 1 zarraz dan salam kecantikan pada semua

Apa itu Jeragat

Jeragat,dalam pembacaan, setahu saya jeragat atau di kenali juga sebagai pigmentasi ini tak ada ubat yang dapat hilangkan belum ada ubat yang benar2 dapat hilangkan jeragat.

Jom Shopping Online @ sini