Monday 18 November 2013

Jom Kenali Kulit Wajah Kita

Cara buat pemeriksaan sendiri terhadap muka mengikut jenis kulit:

Kulit normal


Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.

Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis.

Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.

penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.

Kulit kering

Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan.

Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa.

Anda juga harus memberi lebih perhatian terhadap garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.

Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.

Kulit berminyak

Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri.

Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat.

Bahagian hidung adalah yang paling aktif. Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.

Kulit kombinasi

Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak.

Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T.

Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat. Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.

Wednesday 13 November 2013

Perfect Touch Foundation by Zarraz Paramedical

Memperkenalkan " PERFECT TOUCH FOUNDATION " by Zarraz Paramedical.
  • Dikenali sebagai " wonderful beautiful cream ". Tanpa perlu rawatan laser, pengelupasan , atau apa sahaja rawatan kecantikan yang menyakitkan untuk mendapatkan kulit yang cantik

Foundation treatment yang di formulasi khas dimana akan memberi khasiat dan nutrisi kepada kulit .
  • didatangi dengan 2 warna. Iaitu : Natural ( kulit cerah ) Light beige ( kulit gelap )
  • Boleh bertahan selama 3 - 4 bulan untuk 1 botol. Kerana hanya perlu pakai sedikit sahaja.
  • Untuk mengatasi masalah seperti : - pigmentasi - freckles - oils seeds di bawah mata. - parut kesan jerawat@ luka - kedutan wajah( fine lines & wrinkles ) - kulit tidak sekata & kulit yang kasar. - eczema yang telah kering - gelap bawah mata.

Warning : foundation ini tidak boleh digunakan buat sementara bagi kulit yang berjerawat bengkak & bernanah serta bagi kulit yang terlalu kemerahan sensitif. Perlu rawat menggunakan skin care zarraz terlebih dahulu. Sehingga kan jerawat mula kecut dan kering dan kemerahan kurang, barulah boleh digunakan. Beri dahulu c.c.milk & sunprotection SPF 50 dahulu. Kerana tidak mahu iritasi kulit berlaku. Rawat dahulu dengan skin care zarraz.
Keistimewaan nya :
  • sebagai make up base. ( pasti tidak perlu risau memakai make up walaupun lama )
  • mempunyai sun protection factor ( spf 25 )
  • whitening , firming & lightening effect.
  • Blemish balm cream ( B.B cream )
BAHAN Foundation :
  • Grapefruit ( bahan utama )
  • Billberry ( bahan utama )
  • Elastin
  • Kayu manis ( cinnamon )
  • jojoba oil + olive oil
  • white lily + freesia + frangipani plumeria rubra ( kemboja )
KHASIAT UNTUK WAJAH Grapefruit extract : - memberi tekstur kulit yang lebih baik. ( licin dan lembut ) - mempunyai kandungan air yang tinggi bagi menyerap ke dalam kulit agar menjaga tahap kelembapan kulit. - dapat menghasilkan kolagen. Oleh itu, akan membuatkan kulit lebih ' gebu ' , mengurangkan kedutan dan garis halus. - khasiat VITAMIN C . Ia membantu untuk mengurangkan jeragat.
BILLBERRY - dapat memberi cukup oksigen kepada kulit. Oleh itu dapat membantu kulit menerima penyerapan nutrisi yang lain. - menjadikan sel kulit kuat. - kaya dengan vitamin B , C , E
  • mempunyai nutrisi iaitu " quercetin , flavonoids & anthoxyanins " bagi awet muda , lindungi kulit dari radikal bebas. Anti- oxidant yang tinggi.
CARA GUNA : - untuk mendapatkan hasil yang baik, pemakaian sunprotection SPF 50 harus digunakan dahulu sebelum memakai foundation. Kerana anda akan lihat kulit menjadi lebih ' glowing '.
  • ia halal. Namun tidak boleh dibawa solat kerana ia kalis air. Harus di cuci wajah terlebih dahulu dengan calming cleansing milk sebelum mengambil wuduk.
...' this is wonderful PERFECT TOUCH FOUNDATION liquid cream that you will really enjoy using. . It just make your skin " feel good ".

Harga Perfect Touch Foundation
SM:RM60
SS: RM66
*Harga ini tidak termasuk kos pos

One Solution by Zarraz Paramedical

Set percubaan Zarraz Paramedical lengkap bagi penjagaan kulit. Ia amat sesuai bagi mereka yang ingin mencuba terlebih dahulu samaada sesuai atau tidak dengan masalah kulit yang dialami. Selain dari itu one solution juga boleh dijadikan ssebagai 'travelkit', maka tak perlulah nak bawa set besar produk Zarraz Paramedical.

Nak tahu apa yang terkandung di dalam set one solution ni? Ok di sini kita nak cerita sikit ye.

One solution ada mengandungi 3 produk barangan dan yang paling best anda akan diberi 1 produk secara percuma,:
1.Calming Cleansing Milk (PERCUMA) - 15ml
2. Firming Cleanser - 25ml
3. Essence Serum Gel - 10ml
4. Sun Protection -10ml

Selain dari itukan, anda nak tahu tak di dalam set one solution ini juga ada terdapat 1 brochure yang lengkap bagaimana cara penggunaan produk ini. Hanya perlu membaca arahan. Almaklumlah setiap jenis kulit berbeza cara penggunaannya

Monday 21 October 2013

"Strawberry nose"?

Salam semua, bersua kembali kita ye di arena nikan. Maaflahye, blog ini agak bersawang sikit kerana dah lama tak update.

Pada kali ni kita kita nak bercerita sikit macammana cara nak merawat liang terbuka (open pore) untuk mencegah jerawat dan tempat-tempat


Tahukah anda apakah faktor-faktor penyebabnya. Ok,disini kita nak kongsi sikit info yang kita perolehi dari pencarian di google:

Menurut sumber yang kita perolehi ialah tekanan, genetik dan tidak mencuci wajah dengan betul, maka pengumpulan minyak di wajah akan menyebabkan pori-pori tersumbat. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan pori-pori di wajah kelihatan besar. Semua ini akan menyebabkan kepada liang yang terbuka. Ianya bukan sahaja akan menyebabkan wajah kelihatan hodoh, tetapi di takuti menyebabkan wabak yang lebih teruk, contohnya seperti kanser kulit.
 

Sering dipanggil oleh para pakar kecantikan ialah sebagai "Strawberry nose". Kebiasannya liang terbuka ini boleh berlaku pada muka, dada, belakang, atau lengan atas. Saiz liang adalah disebabkan oleh saiz kelenjar minyak dan folikel rambut yang terkandung di dalamnya. Sememangnya jika berlaku liang terbuka, ia boleh menjadi teruk dan membawa kepada serangan jerawat di tempat tertentu. Selain dari itu ianya juga terjadi disebabkan pelbagai faktor. Ini termasuk pelembap berlebihan yang terbentuk, kerosakan matahari, sel-sel kulit mati, kotoran dan bakteria. Apabila wajah kita sering terdedah dengan radiasi ultraviolet cahaya matahari, ia boleh menyebabkan kerosakan elastik pada wajah dan menjadikan pori-pori pada wajah jadi terbuka.

Jika ditanya, bolehkah kite mengecilkan liang pori-pori ini?
Jawapannya ialah ia bergantung kepada saiz pori-pori tersebut. Jika dah terlalu besar, kita tak boleh nak hilangkannya. Tetapi kita boleh memperbaikinya dengan mengguna produk kosmetik yang bersesuaian untuk menutup liang-liang ini.  Janganlah anda harapkan selepas ambil produk tersebut, masalah pori-pori anda dapat diselesaikan dalam tempoh serta merta ye, mestilah ambil masa sikit..:)

Untuk mengetahui samaada produk yang anda pilih itu sesuai atau tidak, anda perlulah memastikan yang produk itu membantu dari segi mengecilkan saiz liang pori, membersihkan liang supaya tidak tersumbat dan menghalang jerawat supaya tidak muncul akibat liang tersumbat.

Perkara ini perlu di ambil serius tau, pastikan liang pori dibersihkan sebaik-sebaiknya. Jika tida ia akan menyebabkan dinding liang pori akan menebal dan menyebabkan kecacatan kekal. Kebiasaannya perkara ini tejadi kepada kaum lelaki, adakah anda perasan pada muka mereka kelihatan lubang-lubang terlampau besar. Haaa..itulah contoh yang paling senang untuk anda nampak, jika malas nak cuci muka dengan pembersih muka yang sesuai. Kalau boleh janganlah cari pencuci muka yang membuang semua minyak sampai kulit terasa kering dan  pedih pulak ye!. Jika kulit kita bersih, maka tiadalah lagi liang pori yang besar dan mengembang.
open pore
Gambar "strawberry nose" sebelum dan selepas melakukan rawatan yang betul
 Berikut adalah cara-cara membersih dan mengecilkan pori-pori anda tu ye. Senang jer caranya jika anda memilih produk dari Zarraz Paramedical.

1. Langkah pertama ialah, cuci wajah anda dengan Firming Cleanser ( untuk kulit biasa, kering,matang dan kombinasi) / Calming Cleanser (untuk kulit berjerawat, sensitif,mangsa hydrokuinon)

2. Langkah kedua ialah, apply Refreshing Hydrating Lotion (toner) pada wajah yang telah dibersihkan dan telah dilap dengan kering. Cara nak apply Refreshing Hydrating Lotion ni senang jer tau, tak perlu guna tisu, tapi hanya pam di tapak tangan dan tepuk-tepuk manja jer pada wajah dan biarkan ia kering sendiri. Jangan pula di lap tau.
  
Nota penting: Jangan sekali-kali skip dari guna toner anda. Untuk pengetahuan anda, toner inilah ;yang membantu membersihkan lagi pori-pori tersebut. Toner bukan sahaja membersihkan sisa-sisa yang tinggal malah ia juga membantu mengecilkan liang pori-pori kita yang terbuka.
 
3. Langkah ketiga ialah: Steamkan seketika wajah kita dengan air panas. Untuk melakukannya dirumah, anda bolehlah meletakkan air panas di dalam bekas. Halakan muka mengadap bekas dan gunakan tuala untuk menutup kepala dn muka anda. Steamkan muka dalam masa 5-10 minit sahaja, ia akan membantu membuka liang pori yang tersumbat.  Selepas steam, anda ambil tisu dan tekapkan pda muka untuk membuang lebihan air.

Nota penting: Steam ini tak perlulah setiap hari ya. Adalah paling bagus, lakukannye seminggu sekali jer

Yang ini cara bagi mereka yang tak ada mesin steam :)
 
Yang ini pula cara bagi mereka yang ada mesin steam seperti diatas
4. Langkah keempat ialah : Selepas wajah telah kering, sapukan dengan Essence Sebum Gel untuk tujuan mengecilkan semula pori-pori anda yang dah besar itu. Sapukan secara memutar dari bawah bawah dagu keatas. Urut sehingga semua Essence sebum gel tersebut rata dan meresap ke dalam pori-pori.


Nota penting: Lakukan step ini dua kali sehari iaitu pagi dan malam

5. Langkah kelima ialah: Kalau siang hari tu, pastikan anda pakai sunblock/sunscreen yang berSPF supaya anda dlindungi oleh sinar UV. Pakai produk apa pun tak guna kalau kita tak pakai sunblock tau. So, dalam kes ni macm biasalah ye, dah tentulah kita syorkan anda guna Sun Protection- SPF50. Kerana lotion spf50 ni mampu memberi pelindungan UV yang berkesan melindungi kulit 500minit di bawah cahaya matahari.

Nota penting:
Apakah maksud dan perbezaan SPF15, 30,40 dan 50?
SPF adalah pengukuran penggunaan sunscreen sebelum kulit menjadi kemerahan terkena pancaran. Angka SPF boleh berkisar dari 2 hingga 100. SPF 15, beerti mampu memberi pelindungan kulit selama 15jam sebelum kulit menjadi kemerahan. 
Tapi jika kulit anda biasanya mengalami kemerahan setelah 10minit berjemur sinar matahari maka dengan memakai pelindung matahari SPF15, kulit anda akan selamat 15 x 10minit iaitu jadinya 150minit ( tapi jika guna SPF 0, atau dalam erti kata lain tak guna langsung pelindung uv, faham-faham jerlah ye..hehe)
Maka sekarang anda tentu sudah fahamkan angka pada SPF tu kan, jika SPF50, maka kulit anda terlindung selama 50jam (iaitu bersamaan 500minit)


So hebat tak kawan-kawan lotion pelindung UV Sun Protection SPF 50, produk keluaran Zarraz Paramedical ini.

6. Langkah keenam ialah: Sebelum tidur pada sebelah malam,seminggu sekali atau dua kali seminggu anda bolehlah memakai masker. Masker yang paling sesuai ialah Clarifying Renewal Mask. Masker ini mampu mengetatkan pori-pori anda mengan mengawal lebihan minyak dengan  memberi pengimbangan semula tahap pH kulit muka anda 

Oleh itu moral of the story: 
Jomlah dapatkan Set Produk Zarraz Paramedical iaitu dengan menghantar PM pada inbox kami www.facebook.com/messages/jelitazarraz atau anda juga boleh bershopping secara online di---->http://bit.ly/131rRyX 


Wednesday 17 July 2013

Penjagaan Yang Betul Untuk Kulit Sensitif, Eczema & Mangsa Hydrokuinon / Merkuri

Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi. Terutamanya dikalangan bayi yang berumur antara 2-6 bulan.  Salah satu jenis eczema ialah "Atopic Dermatitis".  "Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom "oversensitivity:

Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.

Gejala-gejala aczema adalah seperti berikut:-
Acute Eczema
  • "Erythema", kulit berasa panas bergejolak dan gatal, keradangan.
  • "Papules", pembetukan tompok-tompok merah.
 Eczema Kronik
  • Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
  • Kulit menebal,menjadi kasar dan berkedut.
 Langkah-langkah pengawalan harian
  • Elakkan daripada menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit.
  • gunakan krim/losyen dengan kerap untuk melembapkan kulit walaupun dalam keadaan eczema. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada rawatan topikal.
Faktor-faktor kulit menjadi sensitif:
  • Penggunaan produk kosmetik (make-up) yang salah - Beberapa jenis kosmetik mungkin saja memiliki kandungan bahan aktif yang tidak dapat diterima oleh kulit.  Selain dari itu, penggunaan kosmetik dalam penggunaan yang berlebihan atau pemakaian dalam jangka waktu yang terlalu panjang juga dapat menjadikan kulit menjadi sensitif.
  • Pancaran sinaran UV matahari -Pada saat kulit terbakar dengan matahari, pembetukan struktur kolagen pada kulit menjadi tidak sempurna, begitu juga dengan pigmen dan melanin kulit yang membuat proses penuaan terjadi lebih awal sehingga kulit menjadi sensitif.
  • Allergi atau alahan pada sesetengah makanan - Kulit sensitif sering kali muncul pada saat kite memakan makanan yang tertentu. Keadaan ini ditunjukkan apabila adanya penolakan atau alergi terhadap makanan tersebut. Misalnya, makanan pedas, makanan laut,coklat,cuka, kafein atau alkohol.
  • Penggunaan produk kosmetik (wajah) yang kuat bahan kandungannya - Bahan kimia atau kandungan di dalam sesetengah produk yang tinggi, mengakibatkan hakisan kulit perlindungan (acid mantle) kita.  Ia menipiskan lapisan kulit sehingga urat-urat kapilari merah pada sekita wajah akan timbul. Ini menunjukkan kulit kita telah menjadi sensitif. Contoh bahan yang kuat ialah: Hydroquino Acid.
  • Perubahan suhu cuaca - Perpindahan iklim cuaca yang sangat berbeza dapat membuatkan kulit menjadi sensitif apabila kulit kita tidak dapat menahan perubahan cuaca yang ekstrem hingga mengakibatkan kesihatan kulit terjejas.  Kulit yang terdedah dengan "aircond" juga menjadi kulit menjadi keraing, gatal dan sensitif.

Set Produk Kulit Sensitif/Ekzema & Mangsa Hydrokuinon/Merkuri

Harga set:RM155 (Harga tidak termasuk kos pos)
Rawatan Susulan Zarraz Paramedical

Penggunaan Siang & Malam
  • Calming Cleansing Milk
  • Sun Protection SPF-50
Cara Penggunaan Yang Betul Menggunakan Calming Cleansing Milk
  • Pastikan kulit bersih dan dalam keadaan lembap
  • Picit 3 pam dan ratakan keseluruhan wajah
  • Gosok secara lembut, secara membulat ke dalam dan membulat ke atas Biarkan selama 2 minit sebelum mencuci
Jika anda mempunyai kulit merah dan pedih (sunburn / menggelupas), biarkan Cleansing Milk lebih lama pada wajah anda sehingga 5-10 minit. Insyallah masalah kulit sensitif seperti masalah kulit eczema akan berkurangan dengan cara penggunaan yang betul.

Cara Penggunaan Yang Betul Menggunakan Sun Protection SPF-50

  • Gunakan sekerap mungkin pada waktu siang & malam
  • Picit 1-2 pam keseluruhan wajah
  • Untuk penggunaan pada waktu siang, lebihkan pada bahagian gelap, eczema, sensitif & boleh dijadikan rawatan mata seperti 'dark eye ring' dan 'eye bag'
  • Tepekkan pada wajah anda dan gosok secara perlahan-lahan 

Tuesday 16 July 2013

Penjagaan Yang Betul Untuk Masalah Kulit Jerawat


Berikut adalah antara beberapa kesilapan besar masalah kulit jerawat.
  1. Tidak membersihkan peluh - Jangan biarkan peluh itu kering meresap ke dalam kulit anda.  Teruslah mandi setelah seharian anda bertugas.
  2. Memicit jerawat - Elakkan memicit jerawat dengan kuku. Ia akan lebih memudaratkan kulit dimana ia akan meninggalkan kesan parut pada kulit anda.
  3. Syampu rambut yang meleleh ke wajah - Syampu mengandungi bahan pelembap untuk melembutkan kulit. Oleh itu, elakkan buih syampu dari terkena dahi dan muka, kerana ia boleh menimbulkan jerawat pada wajah anda.
Langkah-langkah pengawalan harian:-
  1. Hanya mencuci pada waktu pagi dan petang.
  2. Banyakkan minum air putih
  3. Makan buah-buah dan sayur-sayuran.
  4. Makan kekacang dan roti yang mempunyai vitamin B dan B2

Sunday 7 July 2013

Punca-punca terjadinya Jerawat

Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.

Monday 1 July 2013

Anda Sedang Alami masalah Jeragat / pigmentasi?

Salam 1 zarraz dan salam kecantikan pada semua

Apa itu Jeragat

Jeragat,dalam pembacaan, setahu saya jeragat atau di kenali juga sebagai pigmentasi ini tak ada ubat yang dapat hilangkan belum ada ubat yang benar2 dapat hilangkan jeragat.

Monday 24 June 2013

Panduan Memilih Produk Kecantikan

Tips memilih produk kecantikan
*Ketahui kandungan produk kecantikan dan adakah ia sesuai jenis kulit wajah anda. Baca label informasi mengenai bahan produk itu sebelum membelinya.
*Produk kecantikan wajah terbaik dihasilkan bahan semula jadi. Jadi, carilah produk berasaskan 100% daripada tumbuh-tumbuhan.
*Sesuaikan produk kecantikan dengan masalah kulit yang sedang dialami.

Perkahwinan Rozita Che Wan Sudah Ada Penaja

Untungnya menjadi selebriti di Malaysia ini. Mana tidaknya, banyak pihak berebut-rebut untuk menaja apabila tiba hari perkahwinan. Rozita Che Wan dan Zain Saidin juga turut tidak terkecuali. Walaupun masih belum mengumumkan tarikh, tajaan untuk perkahwinannya sudah pun ditentukan.

Pengenalan- Apa itu Jerebu?

Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.
Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggungjawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu?

Sunday 23 June 2013

Bubur Lemak Manis Santan Kelapa

Salam 1 Zarraz dan salam kecantikan dari Jelita Zarraz
Semoga berbahagia dan ceria selalu ye.segala hari ini.........semoga hidup kita dirahmati olehNya amin. Tak ada idea nak berbuka untuk puasa nisfu Syaaban hari ni. Ok,hari ni Jelita Zarraz nak berkongsi satu resipi iaitu sejenis bubur nasi, tapi bubur nasi lain dari yang lain tau...ia di kenali Bubur lemak manis santan kelapa

BAHAN BAHANNYA

A   1 mangkuk beras wangi
      3 helai daun pandan

B    1 /2 mangkuk gula melaka

C    1 mangkuk santan pekat 

CARA MEMBUATNYA..

Rebus bahan A hingga menjadi bubur kemudian bahagi kepada 
dua bahagian satu masukkan bahan B dengan sedikit gula kalau kurang manis dan satu lagi masukkan bahan C serta sedikit garam.....kemudian masak sebentar agak agak
dah ok.....bolehlah diangkat dan hias mengikut citarasa anda........!!!

Ok...bye!, nak buat persiapan utk berbuka pula....nanti Jelita Zarraz kongsi lagi resepi2 yang menarik ye.

Saturday 22 June 2013

Kenapa Ye, Jerawat Sering Muncul

Keratan rentas jerawat
Jerawat memang kecil bentuknya, namun kemunculan jerawat selalu memberikan masalah. Ia bukan hanya mengalami proses untuk sembuh yang lama, bekas parut yang ditinggalkan pun sukar dan lama baru boleh dihilangkan, sehinggakan ia mengganggu penampilan diri.

Wajah Mulus Tanpa Couperose

Contoh wajah yang mengalami couperose
Pernahkah anda memperhatikan kulit wajah dengan teliti dan menemukan garis-garis halus kemerahan yang muncul dari bawah kulit? Jika pernah, itulah yang disebut dengan couperose atau dalam dunia medik juga dikenal telangictases. Couperose merupakan istilah umum untuk menunjukkan pelebaran pembuluh darah kapilari (pembuluh darah halus) pada permukaan kulit wajah yang sifatnya permanen pada lapisan dermis.
Gejala klinikal couperose dapat terlihat dengan adanya ‘anyaman’ dan pelebaran pembuluh darah yang sangat halus, yang menyebabkan kulit tampak memerah.

Merawat Kesehatan Kulit Wajah

Memiliki kulit wajah yang cantik dan sihat sudah tentu menjadi hal yang penting bagi wanita. Tidak hairan jika kini perawatan kulit sudah menjadi sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan wanita modern. Adanya pelbagai penemuan baru dan ragam teknologi terkini dibidang skin care, membuat keninginan untuk memiliki kulit wajah yang bebas dari masalah pun tidak hanya menjadi impian semata. Tanpa kekangan yang bererti, kulit idaman dapat diperolehi dengan cara yang mudah, selesa dan menyenangkan.

Friday 21 June 2013

Adakah anda sedang mencari hot item untuk dijual sempena bulan puasa, dengan modal yg minima?

Kini demam Lip Magic Collagen & Phystrogene sedang melanda

Pemborong diperlukan : LIPSTICK COLLAGEN IKUT WARNA DARAH. Lip magic yang pertama di Malaysia yang mengabungkan keunikan marine collagen bersama Hormon Phystrogene.

Murahnya nak beli borong, cuma minima pembelian 13unit sahaja, PERCUMA POSTAGE.

Wednesday 19 June 2013

Tonton Online Teduhan Kasih

Demam TEDUHAN KASIH sedang melanda. Bagi mereka yang tak sempat nak tengok tu klik ajer kat sini.
Jumlah episod:28 episod
Waktu tayangan:7.00-8.00 malam (Setiap hari Isnin hingga Khamis) di TV3

Drama ini diadaptasikan dari novel "Teduhan Kasih"
Barisan pelakon: Rizal (Shah Iskandar), Sherry Ibrahim (Iffa), Nabila Huda (Ayu), Adi Putra (Ehsan)

10 Sebab Perniagaan Blogging adalah lebih baik daripada Facebook [Infographic]

Di kesempatan ini Jelita Zarraz ingin membandingkan blog perniagaan dengan Facebook dan membina satu kes tentang mengapa blog adalah strategi pemasaran yang lebih baik.

Saturday 15 June 2013

Oxygenating Radiant Mask

Meningkatkan oksigen dan kelembapan tahap untuk kulit. Tenaga dan menguatkan tekstur kulit. Menjadikan kulit lebih sihat, halus, mencerahkan kulit dan berseri.

Arahan guna : Perlahan-lahan meletakkan mask ke seluruh wajah untuk semalaman. Gunakan sekali seminggu.

 Penggunaan Yang Betul Menggunakan Oxygenating Radiant Mask
  • Lekatkan mask pada seluruh wajah anda dengan lembut sepanjang waktu malam.
  • Gunakan seminggu sekali sahaja.

Clarifying Renewal Mask

Mengimbangi semula tahap pH. Kawalan berminyak dan melegakan masalah jerawat. Juga baik untuk kulit sensitif. Membaiki dan membina sel baru untuk kulit. Arahan guna: Perlahan-lahan meletakkan mask ke seluruh wajah untuk semalaman. Gunakan sekali seminggu.

 Penggunaan Yang Betul Menggunakan Clarifying Renewal Mask
  • Lekatkan mask pada seluruh wajah anda dengan lembut sepanjang waktu malam.
  • Gunakan seminggu sekali sahaja.

Friday 14 June 2013

Tutorial Cara Ubah Setting Pada Blog

Tutorial blog kali ini adalah untuk mengubah beberapa ‘setting’ agar blog kita boleh di kesan oleh enjin pencari seperti Google,yahoo, Msn dan sebagainya. Berikut adalah panduan kepada mereka yang baru membina blog:

Cara Asas Buat Blog

Salam 1 Zarraz Adik Kakak

Mesti Adik Kakak pelikkan N3 jelitazarraz hari ni. Mesti Adik Kakak ingat, jelitazarraz ni sedang pening lalat. Bukan apa asyik cerita tentang kecantikan jer, bosan lah juga kan. Sekali sekala kita tukar topik sikit....

Untuk N3 hari ini, jelitazarraz ingin cerita pasal cara buat blog. Tapi sebelum tu, nak cakap-cakap awal ni, jelitazarraz hanya tahu buat blog (tapi yang basic jer tau, utk yang advance tu kenalah tanya yang pakar) menggunakan blogspot jer, utk wordpress minta ampun yer.

Membuat blog cukup mudah sebenarnya.Boleh sambil buat sambil belajar.Yang penting kemahuan mesti ada.Banyak sumber sumber yang kita boleh perolehi untuk mempelajari blog.Untuk mencipta blog anda mestilah mempunyai akaun dengan blogger di www.blogger.com.

Thursday 13 June 2013

Apakah masalah kulit anda? Bincangkan, dan kami sedia membantu.

 Apakah Jenis Kulit Anda? 
Sms/Whatsapp JELITAZARRAZ 012-9066 653
HOTLINE JELITAZARRAZ 03-89209920
untuk konsultansi PERCUMA segera.
Pakar runding kecantikan kami akan membantu anda.
Adakah anda sudah kenalpasti masalah kulit anda. Kalau 'YA', sila KLIK SINI

Jom kenali jenis kulit anda

Wednesday 12 June 2013

I-Moisturizer

Dengan gred EnzymeQ10 dan minyak Rosehip, ia dapat memberikan kelembapan pada kulit. Dapat mengurangkan garis-garis halus dan mencerahkan kulit serta menjadikan kulit anda lebih muda.
Kelebihan utama produk :
  • Membina dan menghasilkan sel baru Q10 pada kulit.
  • Memperbaiki kulit kering yang rosak.
  • Jaminan kulit terpelihara lembap dan muda.
Penggunaan Yang Betul Menggunakan I-Moisturizer (Penggunaan Malam)
  • Sapu pada keseluruhan wajah
  • Lebihkan I-Moisturizer pada tempat yang kering

Stem Cell Sleeping Gel


Sebuah gel yang dibuat khusus untuk semua jenis kulit. Rawatan krim insentif yang digunakan pada waktu malam membantu menyeimbangkan semula tahap PH, melegakan, melembutkan, mencerahkan, dan menyihatkan kulit. Juga boleh digunakan di kawasan mata untuk mendapatkan edaran yang lebih baik.
Kelebihan utama produk :
  • Fungsi 5M: Menghaluskan, menggebukan, menganjalkan, mencerahkan dan menegangkan.
  • Kulit sentiasa nampak segar selepas bangun tidur.
Penggunaan Yang Betul Menggunakan Stem Cell Sleeping Gel (Penggunaan Malam)
  • Sapu pada keseluruhan wajah
  • Lebihkan pada bahagian kedutan dan garis halus
  • Ratakan dengan cara urutan membulat dan mengarah ke atas

Stem Cell Serum

Sebuah serum yang dapat menjana kerosakan kulit, kolagen dan elastin di mana ia dapat mengurangkan kedutan dan garis halus supaya menjadi lebih lembut, muda dan sekata.
Kelebihan utama produk :
  • Meningkatkan 1600% protein kepada kolagen yang telah hilang dengan sekali pemakaian.
  • Mengurangkan kedutan dan kulit sentiasa nampak segar dan tegang.

Sun Protection- SPF50

Agen perlindungan UV yang berkesan melindungi kulit 500 minit di bawah cahaya matahari. Mengandungi 3 gabungan khasiat, vitamin E, bunga matahari dan jojoba sebagai anti oksida. Mengandungi khasiat nutrisi di dalam raspberry yang mempunyai Anthocyanins membuatkan usia lebih muda 4 tahun juga anti-kanser.

Refreshing Hydrating Lotion

Merupakan losyen unik yang kompleks, mengandungi 9 jenis ekstrak tumbuhan untuk memberikan ketenangan pada kulit, membantu menyegarkan kulit yang lesu dan menambah kelembapan pada kulit. Juga menutup liang roma, mencegah kedutan dan membuat kulit terasa segar. Ini adalah formulasi yang sangat baik untuk semua jenis kulit.

Firming Cleanser

Sebuah pembersih susu semulajadi dengan gred pudina tertinggi, Rosemary, bunga Camomile dan ekstrak kayu sugi. Membantu membersihkan kekotoran pada kulit dan membuatkan kulit terasa lebih segar dan cerah. Tanpa buih dan bebas dari bahan sodium laureth sulfate.
Kelebihan utama produk :
  • Mencuci dan menganjalkan kulit tanpa menarik kelembapan.
  • Kulit semakin sihat. Kulit akan terasa segar dan sejuk.
  • Rawatan alternatif untuk resdung.
Penggunaan Yang Betul Menggunakan Firming Cleanser
  • Pastikan kulit bersih dan dalam keadaan lembap
  • Picit 3 pam pada 5 point titik di wajah & ratakan keseluruhan wajah
  • Celup sedikit air dan gosok pada wajah dengan cara pembersihan yang betul

Calming Cleansing Milk

Sebuah pembersih susu semulajadi dengan gred tertinggi berasaskan akar manis dan ekstrak gingko biloba. Membantu membersihkan wajah dari debu dan kekotoran tanpa memberi kesan terhadap kelembutan kulit. Boleh digunakan untuk membersihkan mekap. Sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit yang sensitif dan yang mengalami masalah eczema.

Kelebihan utama produk :
  • Meredakan dan menguatkan sistem pertahanan kulit.
  • Mengecutkan eczema, psoriasis dan masalah penyakit kurap.
  • Pencuci solekan yang lembut.
Penggunaan Yang Betul Menggunakan Calming Cleansing Milk
  • Pastikan kulit bersih dan dalam keadaan lembap
  • Picit 3 pam dan ratakan keseluruhan wajah
  • Gosok secara lembut, secara membulat ke dalam dan membulat ke atas
  • Biarkan selama 2 minit sebelum mencuci
Jika anda mempunyai kulit merah dan pedih (sunburn / menggelupas), biarkan Cleansing Milk lebih lama pada wajah anda sehingga 5-10 minit. Insyallah masalah kulit sensitif seperti masalah kulit eczema akan berkurangan dengan cara penggunaan yang betul.

Essence Sebum Gel

Formula Phyto-Bio kejuruteraan gel yang sesuai untuk semua jenis kulit yang dapat mengurangkan bintik hitam dan jerawat pada bahagian kulit yang terjejas tanpa kesan yang menyakitkan. Penyelenggaraan harian gel ini juga mengurangkan rembesan minyak, menutup liang roma, memberi perubahan jelas juga menghasilkan kulit yang licin serta memberikan hasil yang ketara di dalam 10 hari pemakaian.

Kelebihan utama produk :
  • Mengawal dan menghilangkan bintik hitam dan bintik putih secara semulajadi tanpa perlu memicit.
  • Menyembuhkan kulit bermasalah kesan dari bahan kimia dan jerawat.
Penggunaan Yang Betul Menggunakan Essence Sebum Gel
  • Sapu ringan pada bahagian atas kulit
  • Sapu gel pada bahagian T-Zone
Anda akan rasa 3 kesan penyembuhan.
  • Berangin (Fasa penyembuhan)
  • Pedih (Ada bakteria aktif untuk mematikan bakteria)
  • Gatal (Ada resdung)
Berlaku dalam 3-4 hari sahaja dan anda akan lihat perubahan yang lebih baik pada kulit anda!

Tuesday 11 June 2013

Licorice

Licorice

Tahukah Anda? Bahan yang terdapat dalam dalam calming cleansing milk Zarraz ada 2 item utama. Salah satunya ialah 'Licorice'.

'Licorice' atau Akar manis atau 'Liquorice' merupakan akar Glycyrrhiza glabra yang rasa yang agak manis boleh diekstrak . Tanaman akar manis ini merupakan tanaman sejenis kekacang yang berasal dari selatan Eropah dan bahagian Asia. Ia tidak botani yang berkaitan dengan anise, bunga lawang, atau Adas, yang merupakan sumber sebatian perisa yang sama. Nama liquorice berasal dari bahasa Yunani kuno yang artinya "akar manis". 

Ia adalah herba saka, meningkat kepada 1 m tinggi, dengan daun pinnate (daun yang tumbuh seperti sayap) kira-kira 7-15 sentimeter (3-6 in) panjang, dengan 9-17 helai dalam satu cabang. Bunga yang 0,8-1,2 cm (½ - ⅓ in) panjang, ungu pucat biru putih, dihasilkan dalam hal berkembang longgar. 

Buah-buahan ini adalah buah bujur, 2-3 sentimeter (1 in) panjang, yang mengandungi beberapa biji, akar stoloniferous, bau akar liquorice datang daripada kombinasi yang kompleks dan berubah-ubah daripada sebatian, yang anethole adalah paling komponen kecil (0-3% daripada jumlah meruap). 

Banyak kemanisan dalam liquorice datang dari glycyrrhizin, yang mempunyai rasa manis, 30-50 kali kemanisan gula. Kemanisan banyak berbeza daripada gula, kurang segera dan tahan lebih lama.

 Fungsi akar manis (Licorice) dalam produk kecantikan: 
 Fungsi: menghalang aktiviti tirosinase -salah satu kegunaan utama licorice ialah untuk menyerap UVA dan UVB.  
Kesan sampingan: alergi atau iritasi.
 

Monday 10 June 2013

Apa itu Melasma (Jeragat)? & Cara-cara Merawatnya.

Apa itu Melasma?
Melasma atau lebih dikenali sebagai jeragat adalah perubahan warna kulit gelap yang muncul di kawasan yang terdedah kepada matahari yang selalunya terdapat dibahagian muka. Ianya boleh jadi dalam tompokan-tompokan kecil atau pun besar
Apa yang akan terjadi kepada anda sekiranya jeragat tidak dicegah??
Melasme adalah penyakit kulit yang biasa, tetapi jika dibiarkan tanpa rawatan akan menjadi serius sehingga boleh menyebabkan kanser kulit. Ianya boleh menjejaskan sesiapa sahaja tidak kira lelaki mahupun wanita.

Kulit Kering & Kusam Rawatan lanjut (Utk 22-44 Tahun)



Untuk 22 tahun - 44 tahun

Penjagaan Siang

  • Calming Cleansing Milk
  • Firming Cleanser
  • Refreshing Hydrating Lotion (Toner)
  • Sun Protection SPF-50
Penjagaan Malam
  • Calming Cleansing Milk
  • Firming Cleanser
  • Refreshing Hydrating Lotion (Toner)
  • I-Moisturizer

Set Kulit Kering & Pigmentasi Rawatan lanjut - 45 Tahun dan ke atas



Untuk 45 tahun ke atas

Penjagaan Siang

  • Calming Cleansing Milk
  • Firming Cleanser
  • Refreshing Hydrating Lotion
  • Sun Protection SPF-50
Penjagaan Malam
  • Calming Cleansing Milk
  • Firming Cleanser
  • Refreshing Hydrating Lotion
  • Stem Cell Serum / I'moisturizer
Jika anda mempunyai kulit merah dan pedih (sunburn / menggelupas), biarkan Cleansing Milk lebih lama pada wajah anda sehingga 5-10 minit. Insyallah masalah kulit sensitif seperti masalah kulit eczema akan berkurangan dengan cara penggunaan yang betul.

Jom Shopping Online @ sini