Monday, 24 June 2013

Panduan Memilih Produk Kecantikan

Tips memilih produk kecantikan
*Ketahui kandungan produk kecantikan dan adakah ia sesuai jenis kulit wajah anda. Baca label informasi mengenai bahan produk itu sebelum membelinya.
*Produk kecantikan wajah terbaik dihasilkan bahan semula jadi. Jadi, carilah produk berasaskan 100% daripada tumbuh-tumbuhan.
*Sesuaikan produk kecantikan dengan masalah kulit yang sedang dialami.

*Kulit kering memerlukan formula yang dapat menyeimbangkan minyak pada wajah, jadi produk mengandungi minyak jojoba mampu menyeimbangkan minyak kulit kerana ia menyeimbangkan kadar sebum di kulit wajah. Minyak jojoba ini juga amat efektif untuk melembut, melembab dan menghaluskan kulit.
*Pemilik kulit berminyak biasanya bermasalah dengan jerawat. Atasi minyak berlebih pada kulit wajah dengan menggunakan pembersih dan penyegar yang dihasilkan dari ekstrak bearberry kerana buah bearberry merupakan cleanser yang terbaik. Elak menggunakan pencuci muka jenis susu kerana akan meningkatkan penghasilan minyak pada lapisan dermis.
*Kulit kombinasi memang cukup sukar untuk dijaga. Pilihlah produk kecantikan yang mengandungi ekstrak bearberry, sel stem epal, enzim betik, protien soya hidrolisis, ekstrak kayu sugi, dan vitamin E.

Bahan Kandungan Produk Kecantikan yang terbaik
*Elakkan menggunakan produk kecantikan night cream dan yang mengelupas  kerana produk seperti ini menggunakan merkuri dan hidrokuinon dalam bahan produk mereka. Kulit akan menjadi nipis sekaligus merosakkan kulit anda sehingga ke lapisan yang terakhir (hypodermis).

No comments:

Post a Comment

Jom Shopping Online @ sini